Resepi ni lak da jadi menu wajib bila g rumah ngah..angah n kak ngah suka yang belum bake..b4 ditambah telur..last time wat ni..kak ngah kate ni da best skali aku wat..huhu..baguih2..ade improvement..:P
Resepi Macaroni Cheese
500g Macaroni (aku guna yang spiral..sebab dulu june ajar guna spiral..hahah)-rebus dgn minyak n garam
250g butter (dilembutkan pd suhu bilik)
1 labu bawang kuning-potong bulat
3 btg daun sup
3 btg daun bawang
1 buku cheddar cheese -di sagat halus(last time aku pakai natural cheddar cheese-cheese ni jenis melt-250g)
1 botol kecil cream cheese KRAFT (hari tu aku pakai jenama TATURA,separuh je aku guna)-optional
1 bungkus kecil mix vege-di rebus
ayam rebus yang disiat-siat/daging kisar (tumis dulu)/udang -(june cakap xyah byk sgt..aku tibai je letak byk2..hahah)
lada hitam secukup rasa
garam (aku xsuka letak garam..sebab cheese da masin)
3 sudu serbuk pati ayam
6 biji telur (depends pada besar)
Cara buat:
1.Saute sedikit butter dgn bawang sehingga layu
2.Masukkan bawang kedalam bekas besar dan tambahkan lebihan butter.Kacau sehingga butter cair sepenuhnya.Masukkan daun sup dan daun bawang yang sudah dicincang halus. Masukkan mix vege
3.Tambah kan separuh drpd cheddar cheese yang sudah disagat,masukkan cream cheese dan ayam.Kacau rata
4.Masukkan pula makaroni kedlm adunan td.Tambah lada hitam dan serbuk pati ayam.Kacau rata-rata.Rasa makaroni.Tambah lada hitam jika perlu.
5.Masukkan telur yang sudah dikacau kedalam adunan.
6.Masukkan adunan kedalam bekas yang sudah di gris dengan mentega.Taburkan lebihan cheddar cheese keatas adunan
7.Bakar pada suhu 170-180 darjah celcius.Selama 1 jam-1 jam 30 minit.
Cara bakar
Untuk oven yang boleh set api bawah-bakar selama 30-45 min untuk api bawah dan 30min lagi untuk api atas bawah
Untuk oven yang tak boleh set api bawah-bakar selama 1 jam 15 minit gunakan api atas bawah (jgn ON kipas)
Sila jaga api dengan baik untuk memastikan masak sekata n tak hangus.Selalu2 la belek oven time da lebih 30 min bakar.
Gambar dicilok dr fb sebab hp da xde..huhu
makan dgn cili sos..sedappp..hehe |