Friday, December 30, 2011

I will be back

Blog ni belum ditinggalkan,InsyaAllah,after few weeks,i will upload more recipe. Stay tuned!

Wednesday, November 9, 2011

Spageti Meatball

Semalam rajin sikit masak sebab ade orang nak datang beraya n request nak makan spageti,so sebab bahan dah ada,so buat je.And terajin lak nak amik gambar,so ade la modal nak letak kat dalam blog.Heheh

Ok,tanpa buang masa,

Bahan-bahan
1 bungkus spageti-direbus
500g daging cincang -semalam saya guna 400g je.(1 pack Ramly minced meat tu)
1/2 cawan tepung jagung
1 biji bawang besar-didadu
1 batang lobak merah-didadu
1 tin cendawan butang-dihiris
3 biji tomato-didadu-bole kurangkan kalau tomato besar2
1 cawan sos tomato-saya ganti dengan tomato puri + sos tomato+sos cili
1 cawan air
1 biji lada benggala-didadu jugak
1/2 sudu lada hitam-ditumbuk
oregano secukup rasa
garam

cara buat:
1. Campur daging cincang dan tepung jagung sekali,bulat2 kan.Goreng seketika kalau nak,kalau xnak,renih dalam step ke 3.
2.Tumiskan bawang sehingga naik bau,,masuk lobak merah,mushroom,tomato,sos tomato,air,oregano dan lada hitam
3.Masukkan daging,renih sampai mendidih
4.Masuk lada benggala,rasa kuah.Aku suka rasa kuah masam,manis dan pedas sket.
5.Tutup api dan hidang dengan spageti yang dah direbus tadi.

tak nampak pun meatballnya
Selamat mencuba,nom nom nom.Terus aku rasa nak makan spageti lagi..huhu

p/s:semalam aku buat bebola daging ni,separuh aku goreng dan separuh lagi aku renih.yang hancur tu yang kena renih la.huhu

Thursday, July 28, 2011

Bercuti selama sebulan

No recipes for a month
No recipes for Ramadhan
*aku pun makan kedai sebulan


will be back on September
See ya!!

Thursday, July 21, 2011

Oreo Cheesecake (Chilled)

Okay,here goes the recipe for oreo cheesecake,malas cakap banyak,post makin hari makin sikit.Tapi tiap-tiap minggu masuk lab n tido dengan buku resepi.Updatenya malas.Hehe

Oreo Cheesecake :

Base:
120gm biskut Oreo (krim tamao ya?); kisar halus
60gm butter ;dicairkan

Campurkan sekali dan padatkan kedalam loyang loose bottom/springform berukuran 9 inci,padat molek-molek ye.Begitula acuan,begitula rupa bila da jadinya.Xde nye dia magic jadi comel.Owh,lepas tu masuk dalam freezer loyang yang telah dipadatkan dengan biskut tadi.Freezer ye,bukan chiller.

Filling
a) 250gm krim keju
b) 2 biji kuning telur
    150gm gula (kurang kan lah kepada 120gm sebab kek aku manis gilak!)
    160gm susu
-Masak bahan b) dengan menggunakan kaedah double boiler
c) 2 1/2 sudu gelatin serbuk dilarutkan dalam 6 sudu air didih (larut betul2,kalu x hancur,bila korang termakan,akan terasa pahit.)
d) 250gm Double cream ;dipukul sedikit (jangan lebih2 kang jadi topping lak)
e) 1/2 sudu besar lemon (aku xletak tadi.malas)
f) 2 keping biskut oreo yang dihancur kasar (ni amik krim,tapi xpayah amik krim pun xpe gak;manis ar)

Cara buat:
1)Buat b) dulu,bila da siap
2)Pukul keju sampai licin dan tidak berbintil
3)Masuk b) ,c) dan e),pastu baru masuk double cream kedalam cream cheese
4)Masuk f)
5)Tuang kedalam loyang yang disimpan dalam frezeer tadi.Sejukkan 2-3 jam before potong

Dipotong (aku x pandai amik gambar,so gambar ni xleh nampak sedap..cisss)

Pacman?
*Apesal bila aku tulis balik resepi ni cam senang je?Tadi aku buat cam leceh je?

Tips untuk memotong kek
1)Panaskan pisau atas api dan potong,supaya kek korang smooth dan licin (Kek aku nampak cair2 tepi tu sebab kena pisau panas).Kalau potong kek pakai pisau plastik,memang x cun aku rasa.Pisau plastik nak potong besday kek boley ar.
2)Masak air panas,masuk dalam jug tinggi,rendam pisau korang kat dalam air before potong.Tapi jangan lak potong dengan pisau basah,lap dulu dengan kain bersih.Baru potong.Ade paham?

Aku selalu guna method pertama,pantas.hehe.dan selalunya tangan aku mesti melecur sebab aku terlupa pisau tu panas.Deng.

Selamat mencuba!
Xpaham tanya yek.Daaaa(Gediks)

Wednesday, June 29, 2011

Kaserole Makaroni +vege

Salam

Menu untuk buka puasa harini.Tapi x sempat nak makan untuk buka puasa sebab pukul 6 baru terhegeh-hegeh g cari barang.

Ni resepi asal dari majalah Sedap.Tapi hari ni banyak menderhaka kat resepi sebab french loaf xde..So bagi resepi based on what i cooked today.Here goes the recipe..

2 cawan makaroni;direbus dengan sedikit minyak dan garam ~boleh guna apa jenis pasta pun,ikut suka..
2 sudu makan mentega
1 labu bawang besar;cincang kasar ~kalu guna bawang coklat (bombay) lagi best
1/2 biji lada benggala (capsicum);dicincang kasar ~nak guna sebiji pun boleh,tapi saya suka guna half jek
150gm daging cincang
1batang lobak merah;didadu
4 biji tomato;didadu
3 batang sosej
1 sudu makan tepung gandum
500ml air~agak-agak,tengok kepekatan yang korang suka
3sudu makan tomato puri
1sudu teh lada hitam kasar~secukupnya
2 1/2 sudu teh garam~secukupnya
1sudu teh oregano
1sudu teh basil~xletak tadi..xda

100gm keju mozarella untuk topping
1 keping keju cheddar yang dicarik2

*boleh tambah cendawan butang

Cara buat:
1.Sapu mangkuk tahan panas (kaserol) dengan sedikit mentega,dan bahagikan makaroni kepada 2 bahagian,separuh dari makaroni diletakkan dalam kaserol,ketepikan
2.Panaskan mentega,tumis bawang dan lada benggala sehingga naik bau.Masukkan lobak merah dan sosej (kalau suka lobak yang keras,masuk lobak,last2).Masukkan daging.Kacau sehingga berubah warna.
3.Masukkan tomato,tumis hingga layu.Masukkan tepung gandum,kacau sehingga berbutir
4.Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga pekat.Masuk pes tomato,garam,lada hitam.(tambah gula jika mahu).Kacau sehingga pekat dan masukkan oregano dan basil.Kacau rata.
5.Tuangkan setengah bahan diatas makaroni,ratakan.Letakkan lagi separuh makaroni tadi,dan tuang lebihan kuah tadi.
6.Taburkan keju
7.Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga keju kecoklatan (dalam 20 minit ++)

lepas dibakar
Enjoy ur kaserol..

sudah potong..yummeh
P/s:Kaserol yang aku buat tadi rasa dia x ikut citarasa aku sangat sebab aku xdapat rasa masa buat kuah dia sebab aku pose..uwaaa....

Sunday, June 26, 2011

Lemon Tart

Salam,

Hari ni aku buat lemon tart,selepas beberapa hari teringat rasa lemon tart,akhirnya,hari ni merajinkan diri untuk buat lagi..

Jom tengok resepi

untuk pastry pie:
150g tepung gandum
25g caster sugar
125g butter; potong kecil-kecil
1tbsp water

filling:
150ml double cream-boleh guna whipping cream,tapi extra kan gula (aku guna non dairy topping)
100g caster sugar
4 biji telur
kulit lemon dari 3 biji lemon -boleh kalau x nak letak (aku guna sebiji je)
12tbsp lemon juice-boleh kurangkan(6-8 tbsp)
icing sugar;for dusting

cara-cara buat
untuk pastry:
1.Dengan gunakan hujung jari,ramas gula,tepung dan mentega.Sampai bertukar menjadi mcm serbuk roti,masukkan air dan campur sehingga membentuk doh dan wrap dengan plastik dan simpan dalam peti untuk 30 minit
2.Gelekkan doh diatas permukaan yang sudah ditabur sedikit tepung.Roll out dough tu ke tin bakar.(gunakan yang loose-bottomed tin).Cucuk-cucukkan pastry dengan garfu dan simpan semula dalam peti sejuk selama 30 minit lagi
3.Line the pie tin tadi dengan foil dan baking beans (guna kekacang@ beras) dan bakar didalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 190 darjah celcius untuk 15 minit. Remove foil dan bakar lagi untuk 15 minit
4.Untuk filling,whisk double cream,gula,telur,kulit lemon dan jus sekaligus.Dan tuangkan keatas kulit pai yang sudah dibakar tadi.(jangan keluarkan kulit pai dari tin bakar)
5. Bakar untuk 20 minit lagi atau sehingga filling keras.Sejukkan dan taburkan icing sugar.


lemon tart yang siap dibakar
 Tip-tip:
1.Elakkan menggunakan tapak tangan semasa membuat pie kerana tapak tangan anda mempunyai haba,gunakan hujung jari sahaja,Paling senang,gunakan food processor.
2.Tart/Pie adalah berbeza dari kek,butter tidak perlu dilembutkan untuk membuat pie.
3.Elakkan memukul filling sehingga berbuih-buih,jika filling berbuih,permukaan pie yang siap dibakar akan menjadi tidak licin.

Thursday, June 16, 2011

Tuna Fritters & Bebola Kentang Berkeju

Salam

Hari tu masa puasa ganti sempat try beberapa resepi.Tengok2 kat magazine,teringin lak nak buat. :)
Tuna fritters ni sesuai untuk appetizer @ snack.Buat sarapan pun boleh.
Here goes the recipes.Dah diubah suai sedikit mengikut apa yang ada kat rumah :)

Tuna Fritters:
1 tin tuna
1/2 sudu teh perahan lemon
1/2 sudu teh garam
lada hitam secukup rasa
2-3 biji kentang;potong dadu kecil dan goreng
1 bij bawang merah;cincang halus
1-2 tangkai daun sup;cincang halus (boleh ganti dgn daun ketumbar)
1/4 sudu teh garam
2 sudu makan krim pekat
1sudu makan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Inti:
Keju mozarella;parut kasar

Bahan salut;
1 biji telur;pukul ringan
50 gm serbuk roti kasar

1.Tus kan tuna dalam tin,buang air.Lumur tuna dengan air perahan lemon,garam dan serbuk lada sulah,perap selama 15 minit
2.Campur dengan semua bahan,kacau rata.Bentukkan bulat dan intikan dengan keju
3.Celup telur dan salutkan dengan serbuk roti
4.Goreng dalam minyak sederhana panas
tuna fritters(rasa cam makan cekodok lak)
Second recipe adelah menu buka pose hari ni selain macaroni sup diet (wakakak) adelah bebola kentang berkeju.Resepi juga telah diubah :)

Bebola Kentang Berkeju

Bahan kulit:
3 biji kentang sederhana size ;rebus dan lecek halus
2 sudu makan susu segar
1 biji kuning telur (aku tak letak,tak terpandang ;ngeee)
1/2 sudu teh garam
serbuk lada sulah secukup rasa
1/2 sudu makan mentega tawar (boleh guna 1 sudu kalau nak)

Bahan inti;
Keju kiub secukupnya(boleh ganti dengan keju lain yang boleh mencair)

Bahan salut:
1 biji putih telur;pukul ringan
serbuk roti kasar warna oren secukupnya

Cara buat;
1.Kacau rata bahan kulit
2.Ambil sedikit adunan,leperkan dan intikan dengan keju kiub.Ulang sampai habis kulit
3.Celup dalam putih telur dan salutkan dengan serbuk roti dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak

Keju dia xnampak mencair,sebab da sejuk
1st picture yang aku amik dia xsave rupanya..ampess..
Selamat mencuba resepi mudah ni.

Tips:Kalau xda serbuk roti boleh blend biskut tawar dan cornflakes -kalau pakai blender jadi halus tapi kalau pakai food processor-biar dia kasar sket sebab boleh pulse kan?)

Wednesday, June 15, 2011

Marble Cheese Cake

Layan resepi marble cheese cake hari ni.Lama xpost  entri pasal masak

Base:
3 cawan biskut cip coklat;dihancurkan (ganti dengan oreo)
100gm mentega;dicairkan
1/2 cawan walnut;cincang kasar (boleh ganti dengan yang lain,sebab aku perasan bila makan walnut,tekak jadi kering ke aku guna pecan hari tu eh?x pasti la :D)
*Adun semua bahan.Ratakan dan tekan adunan di dasar springform 22cm

Filling:
900gm krim keju (aku buat half 450gm je)
1 1/2 cawan gula halus (3/4 cawan gula halus)
4 biji telur (2 biji telur  size A @AA)
150gm coklat bittersweet;dicincang dan dicairkan (75 gm coklat pahit )
2 sudu esen vanilla (1 sudu esen vanilla)

Cara buat:
1.Pukul krim keju dan gula sehingga halus dan tidak berbintil
2.Masuk telur sebiji demi sebiji
3.Tambahkan vanilla
4.Tuang 1/3 adunan kedalam mangkuk dan campurkan dengan coklat yang sudah dicairkan dan pukul lagi
5.Jatuhkan adunan keju & coklat berselang seli sehingga habis.Celupkan hujung pisau dan buat pusaran
6.Bakar selama sejam pada suhu 170 darjah celcius.Biar 3 jam dengan pintu oven direnggangkan


bangga sebab percubaan pertama buat cheesecake menjadi :)
Tips:
1.Cairkan coklat guna microwave guna low heat sahaja.kalau xda,double boil ye?
2.Untuk bakar cheesecake sila guna method bain-marie @ water bath
3.Untuk mendapatkan permukaan yang smooth sila bakar menggunakan method ini
~bake 10-15 min pada suhu 200 darjah celcius
~drop suhu ke 160 darjah celcius sehingga masak.(Kalau nampak da renggang dari springform tu,dah masak ar tu
4.Jangan buka oven secara tiba selepas kek masak.Ini akan menyebabkan kek anda kerepot atau terbentuk kolam.Biar dia sejuk sendiri dalam oven.

Selamat mencuba

p/s:ni cheesecake pertama aku buat dan menjadi :)

Wednesday, June 8, 2011

Macam mana nak buat meringue??

Senang je post aku kali ni.

Dalam resepi cheesecake aku hari tu,aku ade cakap,putih telur dan kuning diasingkan Dan putih telur dijadikan meringue.

untuk yang tak tahu,meringue tu adalah putih telur yang dipukul sehingga kental..Maknanya,if korang terbalik kan mangkuk tu pun,meringue tu xkan jatuh @menitis. Tu da kental la tu.

Ada resepi macam pavlova ke vacherin ke yang guna putih telur,korang akan tengok yang resepi diorang putih telur tu akan dicampur dengan gula dan cream of tartar atau garam jugak (maybe).Untuk resepi yang ada guna gula,putih telur hendaklah dipukul sehingga menjadi putih (soft peak) baru bole dicampur gula (tambah sikit2) ini untuk menghasilkan putih telur yang lebih gebu dan halus.Lagipun kalau campur sekali masa awal2,meringue akan lambat naik dan kasar.

contoh meringue *x menitis kan?
gambar sumber dari sini
p/s:aku ada macam-macam resepi nak cuba.Tapi asyik kena bangkang jek.Huh :(

Saturday, April 16, 2011

Blueberry CheeseTart

Hey3x..
As salam semua..
Skang aku nak upload resepi lama2 aku balik..resepi yang penah aku try dulu2..nak update hari2 memang xdan punya..aku pun xda la rajin sangat nak try resepi baru hari2 kan...ok..hari ni nak share resepi cheesetart..blueberry cheesetart...resepi ni amik dari kak ngah..kak ngah amik dari sape aku xtau..sape yang terasa ni cam resepi dia..mintak halal eh?time kacih...
Blueberry Cheesetart
Untuk kulit...
250g butter
120g gula castor
2 biji kuning telur
1tsp air
500g tepung gandum
Cara buat:
1)Pukul butter n gula sampai sebati
2) Masukkan kuning telur n air
3) Masuk tepung..da siap adunan tart..
4) Uli kulit dan masukkan dalam mould (boleh pilih nak guna yang kecik2 or guna acuan pie terus)
5)Cucuk2 dengan garfu base tart@pie tu..Bakar pada suhu 170 darjah celcius..selama 15min ..20min kalu besar.....kalu kulit dia senang nak kuar tu..dah masak la tu...
Untuk filling
500g cream cheese
40g butter
100g gula castor
2 biji telur
Blueberry filling secukupnya..
Cara buat:
1)      Pukul cheese gula n butter hingga kembang n licin..(x berbintil2)
2)      Masuk telur satu demi satu dan pukul lagi.
3)      Masukkan adunan cheese dalam kulit tart yang da dibakar td dan letakkan blueberry. If guna pie mould..boleh cover atas pie dgn kulit  yang lebih td n bakar pada suhu 180 darjah selama 20min..if guna yang kecik2,bole bakar selama 10minint je..
Da siap pun..makannnnnnnnnnnnnnnnn...nyummmm...sedap..xabis masuk dalam peti ais..sedap nye...hehe..
blueberry cheese tart..pusing2 dapat bentuk love..haha

kalu xphm..sile la tanya..aku cube jawab..kadang2 time tulis aku terlupa ape tips2 penting aku nak tulis..hehe...
selamat mencuba!

p/s;gigih aku wat entry baru..padahal esok kang ade demo lagi...kang tak terjaga subuh baru tau..huhu..

Sunday, March 20, 2011

cheeesecake..

time aku tunang hari tu..aku wat kek sendri..cheesecake n brownies choc mousse..n also not be forgotten..the cheesetart..cheesecake n cheesetart untuk tetamu..n brownies choc mousse sempena besday akak ipar aku..(love u kak ngah)

ni resepi dia..sebab aku terlalai kejap dgn cheesecake aku..cheesecake aku suda hampir hangus atas nya..ciss..takleh wat ape..sebab guna oven cikai je..(but i still love u oven..ko byk berjasa kat aku..tq2)

see?hampir hangus kan?
*gambar amik kat fb jek

cheesecake...
 untuk base
1.5 bungkus oreo..maybe dalam 150g kalu x silap..krim xmau..n blend sampai halus..
50g butter dicairkan..(aku cairkan dlm microwave..pastu aku campur ngan oreo..kalu xde microwave,cairkan la dlm saucepan...api jgn besar2)

-padatkan oreo ke dasar acuan springform..akuxingat aku guna size ape..springform sile gris dulu yek ngan butter..padat ngan cantik ok?..pastu sile masukkan springform dlm peti ais bhgn freezer..

untuk filling
-500gm cream cheese-kalu malas nak tgu lama2.sila guna philadephia..dia cepat halus n gebu..
-100g castor sugar
-3 biji kuning telur -jgn buang dia punya putih..sebab nak guna untuk wat meringue
-whipped cream-100ml
-30g tepung gandum
-10g tepungjagung
-3 biji putih telur +40g castor sugar (dipukul sehingga menjadi meringue)

cara buat

-pukul cream cheese ngan castor sugar sampai gebu n xberbintil2..
-masukkan kuning telur..sebiji demi sebiji
-masuk whipped cream
-masuk tepung gandumn jagung
-kaup balik meringue dlm adunan..(jgn dipukul..sebatikan je guna scrappers or spatula)

masukkan filing dlm springformyang disimpan dlm peti ais td..
-masuk dlm oven yang da dipanaskan pd suhu 200 darjah celcius..
-sila isi dulang bawah dgn air..guna kaedah water bath..
-bakar pada suhu 200 darjah celcius untuk 10 min..n drop suhu jadi 160 darjah celcius untuk 35 min seterusnya..
-bila sudah masak itu cheesecake..sila jgn buka dulu oven..kalu nak kek rata n x merekah..biar semalaman pun xpe..tp pastikan oven da off yek..

pastu leh la topping..tambah blueberry..jd la ini mcm..

kredit to kak ngah n ngah..sebab diorang tlg wat..(next time i'll show what i learn in class)

try la..xrenyah pun..part yang leceh cuma nak wat meringue je rasanya..