Thursday, April 19, 2012

Grilled Chicken Fillet

Salam, hi all

resepi ni amik dari blog kak1,resepi asal dari wana

tapi resepi yang saya nak bagi ni separuh adunan sahaja n dah diubah sikit-sikit.hehe. Siapa nak resepi asal,boleh rujuk link ye?

Bahan-bahan
7 keping fillet ayam (yang saiz sederhana bukan besar) atau 2 keping ayam yang telah dibuang tulang
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar jus lemon @limau
1/2 camca serbuk ayam
1/2 sudu besar jus halia (ditumbuk dan diperah jusnya)

Cara buat:
1.Gaulkan semua bahan selain ayam sehingga sebati,dan perapkan ke fillet ayam. Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. (semalaman lebih baik)
2.Bakar menggunakan kuali non stick,(boleh gaulkan dengan sedikit minyak sebelum bakar,tapi saya x buat pun). Tutup kuali supaya lebih cepat masak

Sos Perang @ sos lada hitam

1/2 labu bawang besar,potong dadu
1 sudu marjerin
1 @ 2 biji cendawan butang segar,dihiris (cendawan tin boleh juga)
1 sudu besar tepung gandum
400ml air
1/2 sudu besar kicap
1/2 sudu makan sos cili
1/2 sudu lada hitam
1 camca serbuk ayam
sedikit gram jika suka

Cara buat:
1. tumis bawang sehingga layu dan masukkan cendawan segar.
2.Larutkan tepung gandum dengan air,masuk dalam periuk tumisan tadi
3. masukkan semua bahan lain tadi,kacau hingga pekat.


Side dish:
Potato wedges

Bahan-bahan
2 biji kentang
tepung serbaguna
air
sedikit lada sulah dan garam

Cara buat:
1.kupas kentang,dan potong bentuk baji,dan rebuskan sehingga separuh masak
2. bancuh tepung serbaguna dengan air dan campur dengan lada sulah dan garam.
3.Masukkan kentang yang sudah direbus kedalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak yang banyak.

p/s: Pilihan side dish :kentang goreng,coleslaw,timun dan tomato,sayur kukus (lobak merah,cauliflower,brokoli dan etc)
selamat mencuba!

Monday, April 16, 2012

Puding Roti Marble

Salam, hi all

Hari ni share one more simple recipe. Saya amik recipe ni dari blog jintanmanis  (resepi asal dari kak hana)
So saya sharekan semula resepi ni. Simple jek. If banyak lebihan roti bolehlah buat.

Bahan-bahan:
4 keping roti tawar
8 gram serbuk agar-agar (kadang ada paket yang 10 gram,letak je semua..hoho)
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
2 biji telur (saya guna grade B je)
2 sudu besar marjerin atau mentega
3 1/2 cawan air.
2 sudu besar serbuk koko

Cara buat:
1.Didihkan air bersama 3 cawan air bersama agar-agar dan gula.
2.Blendkan setengah cawan air bersama roti yang telah dicarik-carik,susu pekat,susu cair dan telur.
3.Masukkan dalam air yang telah mendidih
4.Masukkan 2 sudu mentega kedalam adunan yang telah mendidih,dan kacau rata
5.Didihkan dan matikan api
6.Bahagi dua adunan,satu dibiarkan warna asal,dan satu lagi adunan ditambah serbuk koko,kacau rata-rata.
7.Tuangkan adunan secara selang seli di tengah-tengah loyang.
8.Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais. Sedap makan sejuk2.

p/s:Sila buat no 6,7,8 dengan cepat kerana agar-agar ni cepat beku.

hasilnya :)

Sunday, April 15, 2012

Korokke @ Croquette @ Bergedil

Salam, hi all


hari ni nak share resepi yang simple je. Korokke ni merupakan makanan Jepun yang digoreng. Ade banyak version korokke ni sebendarnya,ada yang prefer buat letak inti kat tengah,ada yang gaul sekali. Oleh sebab me suka yang simple dan sedap, so resepi dari iluvislam ni menjadi pilihan.


Saya buat begedil resepi lebih kurang juga,cuma saya tambahkan bawang goreng dan sedikit telur,dan tidak disalut breadcrumbs.




Korokke Simple
3-4 biji kentang
seledri atau daun bawang yang dipotong halus (saya letak daun bawang dan daun sup)
1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
150 gram ayam atau daging cincang (saya guna daging)
serbuk roti
 cheese(saya guna cheddar cheese,diparut)
2 biji telur yang dipukul
garam
lada sulah
minyak untuk menggoreng


Cara buat:
1: kupas dan rebuskan kentang sehingga empuk
2: Tumis bawang bombay sehingga layu dan wangi. Masukkan daging,tumis sehingga masak,masuk daun sup dan daun bawang.
3:Lecekkan kentang yang sudah direbus tadi,masukkan bahan tumis,cheese,garam,lada sulah secukup rasa
4: Gaul sebati,bentukkan bulat,celup dengan telur dan salutkan dengan breadcrumbs.
5: Masuk dalam peti ais dalam 30 minit untuk mengelakkan serbuk roti berderai semasa digoreng.
6: Sedia digoreng dan di makan dengan sos atau begitu sahaja.


sedia difrozen untuk digoreng untuk sarapan atau minum petang

selepas digoreng




Tips: Ada 2 jenis serbuk roti yang dijual dikedai,serbuk roti putih dan kuning,kalau nak warna yang keemasan beli yang warna kuning.
Serbuk roti juga boleh dibuat sendiri menggunakan cornflakes yang dikisar halus, atau roti yang sudah dibakar dan dikisar.Biskut tawar juga boleh dikisar untuk menggantikan serbuk roti