Wednesday, June 29, 2011

Kaserole Makaroni +vege

Salam

Menu untuk buka puasa harini.Tapi x sempat nak makan untuk buka puasa sebab pukul 6 baru terhegeh-hegeh g cari barang.

Ni resepi asal dari majalah Sedap.Tapi hari ni banyak menderhaka kat resepi sebab french loaf xde..So bagi resepi based on what i cooked today.Here goes the recipe..

2 cawan makaroni;direbus dengan sedikit minyak dan garam ~boleh guna apa jenis pasta pun,ikut suka..
2 sudu makan mentega
1 labu bawang besar;cincang kasar ~kalu guna bawang coklat (bombay) lagi best
1/2 biji lada benggala (capsicum);dicincang kasar ~nak guna sebiji pun boleh,tapi saya suka guna half jek
150gm daging cincang
1batang lobak merah;didadu
4 biji tomato;didadu
3 batang sosej
1 sudu makan tepung gandum
500ml air~agak-agak,tengok kepekatan yang korang suka
3sudu makan tomato puri
1sudu teh lada hitam kasar~secukupnya
2 1/2 sudu teh garam~secukupnya
1sudu teh oregano
1sudu teh basil~xletak tadi..xda

100gm keju mozarella untuk topping
1 keping keju cheddar yang dicarik2

*boleh tambah cendawan butang

Cara buat:
1.Sapu mangkuk tahan panas (kaserol) dengan sedikit mentega,dan bahagikan makaroni kepada 2 bahagian,separuh dari makaroni diletakkan dalam kaserol,ketepikan
2.Panaskan mentega,tumis bawang dan lada benggala sehingga naik bau.Masukkan lobak merah dan sosej (kalau suka lobak yang keras,masuk lobak,last2).Masukkan daging.Kacau sehingga berubah warna.
3.Masukkan tomato,tumis hingga layu.Masukkan tepung gandum,kacau sehingga berbutir
4.Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga pekat.Masuk pes tomato,garam,lada hitam.(tambah gula jika mahu).Kacau sehingga pekat dan masukkan oregano dan basil.Kacau rata.
5.Tuangkan setengah bahan diatas makaroni,ratakan.Letakkan lagi separuh makaroni tadi,dan tuang lebihan kuah tadi.
6.Taburkan keju
7.Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga keju kecoklatan (dalam 20 minit ++)

lepas dibakar
Enjoy ur kaserol..

sudah potong..yummeh
P/s:Kaserol yang aku buat tadi rasa dia x ikut citarasa aku sangat sebab aku xdapat rasa masa buat kuah dia sebab aku pose..uwaaa....

Sunday, June 26, 2011

Lemon Tart

Salam,

Hari ni aku buat lemon tart,selepas beberapa hari teringat rasa lemon tart,akhirnya,hari ni merajinkan diri untuk buat lagi..

Jom tengok resepi

untuk pastry pie:
150g tepung gandum
25g caster sugar
125g butter; potong kecil-kecil
1tbsp water

filling:
150ml double cream-boleh guna whipping cream,tapi extra kan gula (aku guna non dairy topping)
100g caster sugar
4 biji telur
kulit lemon dari 3 biji lemon -boleh kalau x nak letak (aku guna sebiji je)
12tbsp lemon juice-boleh kurangkan(6-8 tbsp)
icing sugar;for dusting

cara-cara buat
untuk pastry:
1.Dengan gunakan hujung jari,ramas gula,tepung dan mentega.Sampai bertukar menjadi mcm serbuk roti,masukkan air dan campur sehingga membentuk doh dan wrap dengan plastik dan simpan dalam peti untuk 30 minit
2.Gelekkan doh diatas permukaan yang sudah ditabur sedikit tepung.Roll out dough tu ke tin bakar.(gunakan yang loose-bottomed tin).Cucuk-cucukkan pastry dengan garfu dan simpan semula dalam peti sejuk selama 30 minit lagi
3.Line the pie tin tadi dengan foil dan baking beans (guna kekacang@ beras) dan bakar didalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 190 darjah celcius untuk 15 minit. Remove foil dan bakar lagi untuk 15 minit
4.Untuk filling,whisk double cream,gula,telur,kulit lemon dan jus sekaligus.Dan tuangkan keatas kulit pai yang sudah dibakar tadi.(jangan keluarkan kulit pai dari tin bakar)
5. Bakar untuk 20 minit lagi atau sehingga filling keras.Sejukkan dan taburkan icing sugar.


lemon tart yang siap dibakar
 Tip-tip:
1.Elakkan menggunakan tapak tangan semasa membuat pie kerana tapak tangan anda mempunyai haba,gunakan hujung jari sahaja,Paling senang,gunakan food processor.
2.Tart/Pie adalah berbeza dari kek,butter tidak perlu dilembutkan untuk membuat pie.
3.Elakkan memukul filling sehingga berbuih-buih,jika filling berbuih,permukaan pie yang siap dibakar akan menjadi tidak licin.

Thursday, June 16, 2011

Tuna Fritters & Bebola Kentang Berkeju

Salam

Hari tu masa puasa ganti sempat try beberapa resepi.Tengok2 kat magazine,teringin lak nak buat. :)
Tuna fritters ni sesuai untuk appetizer @ snack.Buat sarapan pun boleh.
Here goes the recipes.Dah diubah suai sedikit mengikut apa yang ada kat rumah :)

Tuna Fritters:
1 tin tuna
1/2 sudu teh perahan lemon
1/2 sudu teh garam
lada hitam secukup rasa
2-3 biji kentang;potong dadu kecil dan goreng
1 bij bawang merah;cincang halus
1-2 tangkai daun sup;cincang halus (boleh ganti dgn daun ketumbar)
1/4 sudu teh garam
2 sudu makan krim pekat
1sudu makan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Inti:
Keju mozarella;parut kasar

Bahan salut;
1 biji telur;pukul ringan
50 gm serbuk roti kasar

1.Tus kan tuna dalam tin,buang air.Lumur tuna dengan air perahan lemon,garam dan serbuk lada sulah,perap selama 15 minit
2.Campur dengan semua bahan,kacau rata.Bentukkan bulat dan intikan dengan keju
3.Celup telur dan salutkan dengan serbuk roti
4.Goreng dalam minyak sederhana panas
tuna fritters(rasa cam makan cekodok lak)
Second recipe adelah menu buka pose hari ni selain macaroni sup diet (wakakak) adelah bebola kentang berkeju.Resepi juga telah diubah :)

Bebola Kentang Berkeju

Bahan kulit:
3 biji kentang sederhana size ;rebus dan lecek halus
2 sudu makan susu segar
1 biji kuning telur (aku tak letak,tak terpandang ;ngeee)
1/2 sudu teh garam
serbuk lada sulah secukup rasa
1/2 sudu makan mentega tawar (boleh guna 1 sudu kalau nak)

Bahan inti;
Keju kiub secukupnya(boleh ganti dengan keju lain yang boleh mencair)

Bahan salut:
1 biji putih telur;pukul ringan
serbuk roti kasar warna oren secukupnya

Cara buat;
1.Kacau rata bahan kulit
2.Ambil sedikit adunan,leperkan dan intikan dengan keju kiub.Ulang sampai habis kulit
3.Celup dalam putih telur dan salutkan dengan serbuk roti dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak

Keju dia xnampak mencair,sebab da sejuk
1st picture yang aku amik dia xsave rupanya..ampess..
Selamat mencuba resepi mudah ni.

Tips:Kalau xda serbuk roti boleh blend biskut tawar dan cornflakes -kalau pakai blender jadi halus tapi kalau pakai food processor-biar dia kasar sket sebab boleh pulse kan?)

Wednesday, June 15, 2011

Marble Cheese Cake

Layan resepi marble cheese cake hari ni.Lama xpost  entri pasal masak

Base:
3 cawan biskut cip coklat;dihancurkan (ganti dengan oreo)
100gm mentega;dicairkan
1/2 cawan walnut;cincang kasar (boleh ganti dengan yang lain,sebab aku perasan bila makan walnut,tekak jadi kering ke aku guna pecan hari tu eh?x pasti la :D)
*Adun semua bahan.Ratakan dan tekan adunan di dasar springform 22cm

Filling:
900gm krim keju (aku buat half 450gm je)
1 1/2 cawan gula halus (3/4 cawan gula halus)
4 biji telur (2 biji telur  size A @AA)
150gm coklat bittersweet;dicincang dan dicairkan (75 gm coklat pahit )
2 sudu esen vanilla (1 sudu esen vanilla)

Cara buat:
1.Pukul krim keju dan gula sehingga halus dan tidak berbintil
2.Masuk telur sebiji demi sebiji
3.Tambahkan vanilla
4.Tuang 1/3 adunan kedalam mangkuk dan campurkan dengan coklat yang sudah dicairkan dan pukul lagi
5.Jatuhkan adunan keju & coklat berselang seli sehingga habis.Celupkan hujung pisau dan buat pusaran
6.Bakar selama sejam pada suhu 170 darjah celcius.Biar 3 jam dengan pintu oven direnggangkan


bangga sebab percubaan pertama buat cheesecake menjadi :)
Tips:
1.Cairkan coklat guna microwave guna low heat sahaja.kalau xda,double boil ye?
2.Untuk bakar cheesecake sila guna method bain-marie @ water bath
3.Untuk mendapatkan permukaan yang smooth sila bakar menggunakan method ini
~bake 10-15 min pada suhu 200 darjah celcius
~drop suhu ke 160 darjah celcius sehingga masak.(Kalau nampak da renggang dari springform tu,dah masak ar tu
4.Jangan buka oven secara tiba selepas kek masak.Ini akan menyebabkan kek anda kerepot atau terbentuk kolam.Biar dia sejuk sendiri dalam oven.

Selamat mencuba

p/s:ni cheesecake pertama aku buat dan menjadi :)

Wednesday, June 8, 2011

Macam mana nak buat meringue??

Senang je post aku kali ni.

Dalam resepi cheesecake aku hari tu,aku ade cakap,putih telur dan kuning diasingkan Dan putih telur dijadikan meringue.

untuk yang tak tahu,meringue tu adalah putih telur yang dipukul sehingga kental..Maknanya,if korang terbalik kan mangkuk tu pun,meringue tu xkan jatuh @menitis. Tu da kental la tu.

Ada resepi macam pavlova ke vacherin ke yang guna putih telur,korang akan tengok yang resepi diorang putih telur tu akan dicampur dengan gula dan cream of tartar atau garam jugak (maybe).Untuk resepi yang ada guna gula,putih telur hendaklah dipukul sehingga menjadi putih (soft peak) baru bole dicampur gula (tambah sikit2) ini untuk menghasilkan putih telur yang lebih gebu dan halus.Lagipun kalau campur sekali masa awal2,meringue akan lambat naik dan kasar.

contoh meringue *x menitis kan?
gambar sumber dari sini
p/s:aku ada macam-macam resepi nak cuba.Tapi asyik kena bangkang jek.Huh :(