Wednesday, June 29, 2011

Kaserole Makaroni +vege

Salam

Menu untuk buka puasa harini.Tapi x sempat nak makan untuk buka puasa sebab pukul 6 baru terhegeh-hegeh g cari barang.

Ni resepi asal dari majalah Sedap.Tapi hari ni banyak menderhaka kat resepi sebab french loaf xde..So bagi resepi based on what i cooked today.Here goes the recipe..

2 cawan makaroni;direbus dengan sedikit minyak dan garam ~boleh guna apa jenis pasta pun,ikut suka..
2 sudu makan mentega
1 labu bawang besar;cincang kasar ~kalu guna bawang coklat (bombay) lagi best
1/2 biji lada benggala (capsicum);dicincang kasar ~nak guna sebiji pun boleh,tapi saya suka guna half jek
150gm daging cincang
1batang lobak merah;didadu
4 biji tomato;didadu
3 batang sosej
1 sudu makan tepung gandum
500ml air~agak-agak,tengok kepekatan yang korang suka
3sudu makan tomato puri
1sudu teh lada hitam kasar~secukupnya
2 1/2 sudu teh garam~secukupnya
1sudu teh oregano
1sudu teh basil~xletak tadi..xda

100gm keju mozarella untuk topping
1 keping keju cheddar yang dicarik2

*boleh tambah cendawan butang

Cara buat:
1.Sapu mangkuk tahan panas (kaserol) dengan sedikit mentega,dan bahagikan makaroni kepada 2 bahagian,separuh dari makaroni diletakkan dalam kaserol,ketepikan
2.Panaskan mentega,tumis bawang dan lada benggala sehingga naik bau.Masukkan lobak merah dan sosej (kalau suka lobak yang keras,masuk lobak,last2).Masukkan daging.Kacau sehingga berubah warna.
3.Masukkan tomato,tumis hingga layu.Masukkan tepung gandum,kacau sehingga berbutir
4.Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga pekat.Masuk pes tomato,garam,lada hitam.(tambah gula jika mahu).Kacau sehingga pekat dan masukkan oregano dan basil.Kacau rata.
5.Tuangkan setengah bahan diatas makaroni,ratakan.Letakkan lagi separuh makaroni tadi,dan tuang lebihan kuah tadi.
6.Taburkan keju
7.Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga keju kecoklatan (dalam 20 minit ++)

lepas dibakar
Enjoy ur kaserol..

sudah potong..yummeh
P/s:Kaserol yang aku buat tadi rasa dia x ikut citarasa aku sangat sebab aku xdapat rasa masa buat kuah dia sebab aku pose..uwaaa....

1 comment:

Unknown said...

beb,klau yg xguna ketuhar elektronik camne nk wat..asal rasa lbey kurang..umah ak er oven dh kategori jahanam