Sunday, June 26, 2011

Lemon Tart

Salam,

Hari ni aku buat lemon tart,selepas beberapa hari teringat rasa lemon tart,akhirnya,hari ni merajinkan diri untuk buat lagi..

Jom tengok resepi

untuk pastry pie:
150g tepung gandum
25g caster sugar
125g butter; potong kecil-kecil
1tbsp water

filling:
150ml double cream-boleh guna whipping cream,tapi extra kan gula (aku guna non dairy topping)
100g caster sugar
4 biji telur
kulit lemon dari 3 biji lemon -boleh kalau x nak letak (aku guna sebiji je)
12tbsp lemon juice-boleh kurangkan(6-8 tbsp)
icing sugar;for dusting

cara-cara buat
untuk pastry:
1.Dengan gunakan hujung jari,ramas gula,tepung dan mentega.Sampai bertukar menjadi mcm serbuk roti,masukkan air dan campur sehingga membentuk doh dan wrap dengan plastik dan simpan dalam peti untuk 30 minit
2.Gelekkan doh diatas permukaan yang sudah ditabur sedikit tepung.Roll out dough tu ke tin bakar.(gunakan yang loose-bottomed tin).Cucuk-cucukkan pastry dengan garfu dan simpan semula dalam peti sejuk selama 30 minit lagi
3.Line the pie tin tadi dengan foil dan baking beans (guna kekacang@ beras) dan bakar didalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 190 darjah celcius untuk 15 minit. Remove foil dan bakar lagi untuk 15 minit
4.Untuk filling,whisk double cream,gula,telur,kulit lemon dan jus sekaligus.Dan tuangkan keatas kulit pai yang sudah dibakar tadi.(jangan keluarkan kulit pai dari tin bakar)
5. Bakar untuk 20 minit lagi atau sehingga filling keras.Sejukkan dan taburkan icing sugar.


lemon tart yang siap dibakar
 Tip-tip:
1.Elakkan menggunakan tapak tangan semasa membuat pie kerana tapak tangan anda mempunyai haba,gunakan hujung jari sahaja,Paling senang,gunakan food processor.
2.Tart/Pie adalah berbeza dari kek,butter tidak perlu dilembutkan untuk membuat pie.
3.Elakkan memukul filling sehingga berbuih-buih,jika filling berbuih,permukaan pie yang siap dibakar akan menjadi tidak licin.

No comments: