Base:
3 cawan biskut cip coklat;dihancurkan (ganti dengan oreo)
100gm mentega;dicairkan
1/2 cawan walnut;cincang kasar (boleh ganti dengan yang lain,sebab aku perasan bila makan walnut,tekak jadi kering ke aku guna pecan hari tu eh?x pasti la :D)
*Adun semua bahan.Ratakan dan tekan adunan di dasar springform 22cm
Filling:
900gm krim keju (aku buat half 450gm je)
1 1/2 cawan gula halus (3/4 cawan gula halus)
4 biji telur (2 biji telur size A @AA)
150gm coklat bittersweet;dicincang dan dicairkan (75 gm coklat pahit )
2 sudu esen vanilla (1 sudu esen vanilla)
Cara buat:
1.Pukul krim keju dan gula sehingga halus dan tidak berbintil
2.Masuk telur sebiji demi sebiji
3.Tambahkan vanilla
4.Tuang 1/3 adunan kedalam mangkuk dan campurkan dengan coklat yang sudah dicairkan dan pukul lagi
5.Jatuhkan adunan keju & coklat berselang seli sehingga habis.Celupkan hujung pisau dan buat pusaran
6.Bakar selama sejam pada suhu 170 darjah celcius.Biar 3 jam dengan pintu oven direnggangkan
bangga sebab percubaan pertama buat cheesecake menjadi :) |
1.Cairkan coklat guna microwave guna low heat sahaja.kalau xda,double boil ye?
2.Untuk bakar cheesecake sila guna method bain-marie @ water bath
3.Untuk mendapatkan permukaan yang smooth sila bakar menggunakan method ini
~bake 10-15 min pada suhu 200 darjah celcius
~drop suhu ke 160 darjah celcius sehingga masak.(Kalau nampak da renggang dari springform tu,dah masak ar tu
4.Jangan buka oven secara tiba selepas kek masak.Ini akan menyebabkan kek anda kerepot atau terbentuk kolam.Biar dia sejuk sendiri dalam oven.
Selamat mencuba
p/s:ni cheesecake pertama aku buat dan menjadi :)
1 comment:
sedapnya....
Post a Comment