Wednesday, September 19, 2012

Chicken Chop (Fried & Grilled)

Salam, hi all

Hari ni nak share resepi chicken chop (lagi..) haritu dah up resepi chicken fillet kan?

Resepi sama je dengan resepi yang lepas untuk grilled chicken chop cuma replace chicken fillet dengan debone chicken. Boleh tengok sini

untuk fried chicken chop resepi sendiri jek hehe

resepi fried chicken chop
1 keping debone chicken (bahagian peha best )
1 sudu besar jus lemon (kalau suka masam lebih la sket)
1 sudu kecil serbuk cili
sedikit serbuk lada hitam yang ditumbuk

-campurkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam

untuk salutan
1 biji telur (dipukul)
tepung jagung/tepung goreng ayam
serbuk roti secukupnya (pilih serbuk roti yang berwarna oren untuk mendapatkan hasil yang cantik)

Cara-cara
1- Salut ayam yang sudah diperap dengan tepung jagung/tepung goreng ayam hingga rata.
2-Celupkan kedalam telur dan salut rata dengan serbuk roti.
3-Goreng ayam dengan minyak banyak (deep fried)

Untuk sos cendawan
resepi dari myresepi

Bahan-bahan
2 sudu besar mentega (guna marjerin je)*
1 biji bawang kuning-didadu*
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging.(saya guna chicken stock yang dibancuh dengan air)
2 sb tomato paste (replace dengan tomato ketchup)
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sb kicap manis
2 sb kicap masin
100 ml fresh cream/susu (better guna susu,kalau guna fresh cream pekat sangat)
150g cendawan butang dalam tin (dihiris)-yang segar pun xper..lagi sedap
hirisan daun selasih atau parsley (xada..so xletak)
garam secukup rasa

Cara-cara
1- tumis bahan bertanda *,angkat dan ketepikan
2- gunakan kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum,kacau rata.
3- masuk semua bahan yang lain dan juga bawang yang telah ditumis tadi dan kacau hingga sebati
4- pekatkan sedikit dan boleh dihidang dengan chicken chop

Hidangan sampingan
Mashed potato

Bahan-bahan (yang ni memang xde sukatan,saya campak2 je sesedap rasa :)

-Kentang dikupas dan direbus tanpa garam
-Kepingan keju. (cheese slice jenama cheesedale)
-Susu
-Mentega
-Garam sedikit
-Daun bawang yang dihiris

cara buat
1-tuskan kentang,hancurkan guna garfu
2-masukkan cheese slice,susu,mentega dan sedikit garam
3-masukkan daun bawang.
4-Boleh dihidang bersama mushroom sauce



selamat mencuba!

p/s: 2 jenis sebab 2 selera..hoho



Wednesday, June 13, 2012

Red Velvet in jar

Salam, hi all

Hari ni nak share resepi red velvet in jar. Dari hari tu teringin nak buat sebab teringin tengok gambar kek yang kiut miut kat dalam botol.

Resepi dari Joy of baking campur dengan resepi nani rostam. huhu

ok,here goes

Untuk kek:
250g tepung gandum/tepung kek
1/2 tsp salt (xletak sebab guna salted butter)
2 tbsp serbuk koko
113g (1/2 cwn) butter
300g gula pasir
2 biji telur (L size)
1 tsp vanila extract (guna essence pun boleh)
1 cup (240ml) buttermilk
2 tbsp red food coloring
1 tsp cuka
1 tsp baking soda

notes: jika susah nak cari buttermilk boleh replace dengan 1 cawan susu + 1 tbsp cuka/perahan lemon dan biarkan 10 minit

Cara buat:
1.Ayak tepung bersama garam dan serbuk koko
2.Pukul butter sehingga lembut dan tambahkan gula. Pukul sehingga kembang. Tambah telur satu demi satu.
3.Campurkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
4.Campurkan buttermilk dan pewarna merah.
5.Bahagi tepung dan buttermilk kepada 3 bahagian. Masukkan tepung kedalam adunan butter dan diselangselikan dengan buttermilk yang sudah dicampur pewarna. Ulang sehingga tepung dan buttermilk habis.
6.Di dalam bekas lain,campurkan baking soda dengan cuka,tuang kedalam adunan kek dan "fold in" dengan cepat.
7.Tuang adunan kek kedalam loyang segi empat yang telah dialas dan di gris.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 25-30 min.
8. Biarkan kek sejuk


untuk cheese frosting
Bahan-bahan:

250g mascarpone cheese(lembutkan pada suhu bilik)
250g cream cheese(lembutkan pada suhu bilik)
1 cawan gula aising (diayak)
1 tsp esen vanila
300ml non dairy whip topping

Cara buat:
1. Pukul cream cheese dan mascarpone sehingga kembang
2.Masukkan gula aising dan esen vanila.Sebatikan
3.Masukkan non dairy whip topping sedikit demi sedikit sehingga sebati.

Cara buat kek in jar:
1. Potong-potongkan kek dan masukkan kedalam botol, (saya terap dengan acuan bulat,dan masukkan dalam kek)
2.Lapiskan dengan cheese frosting.
3.Ulang sehingga botol penuh. Saya pastikan lapisan paling atas adelah lapisan cheese dan taburkan sedikit kek diatasnya.
4.Sejukkan dalam peti. Sedap makan sejuk-sejuk

Dapat buat dalam 9 botol

macam-macam bentuk ada..al maklum 1st time buat dalam botol.hehe

ni paling kemas

fuhhhhh....
Cubalah. Takpayah design lawa-lawa pun dah melting tengok :)

Thursday, April 19, 2012

Grilled Chicken Fillet

Salam, hi all

resepi ni amik dari blog kak1,resepi asal dari wana

tapi resepi yang saya nak bagi ni separuh adunan sahaja n dah diubah sikit-sikit.hehe. Siapa nak resepi asal,boleh rujuk link ye?

Bahan-bahan
7 keping fillet ayam (yang saiz sederhana bukan besar) atau 2 keping ayam yang telah dibuang tulang
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar jus lemon @limau
1/2 camca serbuk ayam
1/2 sudu besar jus halia (ditumbuk dan diperah jusnya)

Cara buat:
1.Gaulkan semua bahan selain ayam sehingga sebati,dan perapkan ke fillet ayam. Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. (semalaman lebih baik)
2.Bakar menggunakan kuali non stick,(boleh gaulkan dengan sedikit minyak sebelum bakar,tapi saya x buat pun). Tutup kuali supaya lebih cepat masak

Sos Perang @ sos lada hitam

1/2 labu bawang besar,potong dadu
1 sudu marjerin
1 @ 2 biji cendawan butang segar,dihiris (cendawan tin boleh juga)
1 sudu besar tepung gandum
400ml air
1/2 sudu besar kicap
1/2 sudu makan sos cili
1/2 sudu lada hitam
1 camca serbuk ayam
sedikit gram jika suka

Cara buat:
1. tumis bawang sehingga layu dan masukkan cendawan segar.
2.Larutkan tepung gandum dengan air,masuk dalam periuk tumisan tadi
3. masukkan semua bahan lain tadi,kacau hingga pekat.


Side dish:
Potato wedges

Bahan-bahan
2 biji kentang
tepung serbaguna
air
sedikit lada sulah dan garam

Cara buat:
1.kupas kentang,dan potong bentuk baji,dan rebuskan sehingga separuh masak
2. bancuh tepung serbaguna dengan air dan campur dengan lada sulah dan garam.
3.Masukkan kentang yang sudah direbus kedalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak yang banyak.

p/s: Pilihan side dish :kentang goreng,coleslaw,timun dan tomato,sayur kukus (lobak merah,cauliflower,brokoli dan etc)
selamat mencuba!

Monday, April 16, 2012

Puding Roti Marble

Salam, hi all

Hari ni share one more simple recipe. Saya amik recipe ni dari blog jintanmanis  (resepi asal dari kak hana)
So saya sharekan semula resepi ni. Simple jek. If banyak lebihan roti bolehlah buat.

Bahan-bahan:
4 keping roti tawar
8 gram serbuk agar-agar (kadang ada paket yang 10 gram,letak je semua..hoho)
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
2 biji telur (saya guna grade B je)
2 sudu besar marjerin atau mentega
3 1/2 cawan air.
2 sudu besar serbuk koko

Cara buat:
1.Didihkan air bersama 3 cawan air bersama agar-agar dan gula.
2.Blendkan setengah cawan air bersama roti yang telah dicarik-carik,susu pekat,susu cair dan telur.
3.Masukkan dalam air yang telah mendidih
4.Masukkan 2 sudu mentega kedalam adunan yang telah mendidih,dan kacau rata
5.Didihkan dan matikan api
6.Bahagi dua adunan,satu dibiarkan warna asal,dan satu lagi adunan ditambah serbuk koko,kacau rata-rata.
7.Tuangkan adunan secara selang seli di tengah-tengah loyang.
8.Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais. Sedap makan sejuk2.

p/s:Sila buat no 6,7,8 dengan cepat kerana agar-agar ni cepat beku.

hasilnya :)

Sunday, April 15, 2012

Korokke @ Croquette @ Bergedil

Salam, hi all


hari ni nak share resepi yang simple je. Korokke ni merupakan makanan Jepun yang digoreng. Ade banyak version korokke ni sebendarnya,ada yang prefer buat letak inti kat tengah,ada yang gaul sekali. Oleh sebab me suka yang simple dan sedap, so resepi dari iluvislam ni menjadi pilihan.


Saya buat begedil resepi lebih kurang juga,cuma saya tambahkan bawang goreng dan sedikit telur,dan tidak disalut breadcrumbs.




Korokke Simple
3-4 biji kentang
seledri atau daun bawang yang dipotong halus (saya letak daun bawang dan daun sup)
1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
150 gram ayam atau daging cincang (saya guna daging)
serbuk roti
 cheese(saya guna cheddar cheese,diparut)
2 biji telur yang dipukul
garam
lada sulah
minyak untuk menggoreng


Cara buat:
1: kupas dan rebuskan kentang sehingga empuk
2: Tumis bawang bombay sehingga layu dan wangi. Masukkan daging,tumis sehingga masak,masuk daun sup dan daun bawang.
3:Lecekkan kentang yang sudah direbus tadi,masukkan bahan tumis,cheese,garam,lada sulah secukup rasa
4: Gaul sebati,bentukkan bulat,celup dengan telur dan salutkan dengan breadcrumbs.
5: Masuk dalam peti ais dalam 30 minit untuk mengelakkan serbuk roti berderai semasa digoreng.
6: Sedia digoreng dan di makan dengan sos atau begitu sahaja.


sedia difrozen untuk digoreng untuk sarapan atau minum petang

selepas digoreng




Tips: Ada 2 jenis serbuk roti yang dijual dikedai,serbuk roti putih dan kuning,kalau nak warna yang keemasan beli yang warna kuning.
Serbuk roti juga boleh dibuat sendiri menggunakan cornflakes yang dikisar halus, atau roti yang sudah dibakar dan dikisar.Biskut tawar juga boleh dikisar untuk menggantikan serbuk roti

Thursday, February 2, 2012

Oreo Cheesecake (chilled) resepi 2.

Salam, hi all

ni ada another recipe for oreo cheesecake,before this ada resepi oreo cheesecake jugak,sila rujuk sini

yang ni mudah sikit resepi dia,here goes

120g oreo cookies
70g unsalted butter (dicairkan)
250g cream cheese
110g icing sugar
150g whipping cream
1 1/2 tsp gelatin
80ml full cream milk
beberapa keping biskut oreo yang dipatah2kan

Methods:
1. Kisar halus biskut oreo dan campurkan dengan mentega yang sudah dicairkan.Tekankan didasar loyang springform.Masukkan dibahagian freezer
2. Putarkan cream cheese dengan icing sugar,tambahkan whipping cream apabila cream cheese+icing sugar sebati.
3.Didalam bekas lain,double boil kan gelatin dan full cream milk.
4.Masukkan 3 ke dalam 2 dan putar dengan kelajuan perlahan dan tambahkan oreo.
5.Masukkan dalam peti sejuk bahagian chiller.Siap!

kualiti gambar tak memuaskan.sorry!